Saturday, June 1, 2013

Welcome To Tawau For Me....

Perjalanan Jauh yang pertama aku pergi dalam Malaysia iaitu Tawau . Perancangan yang tak di jangka pada mula nya aku akan pergi dengan sahabat -sahabatku.Tetapi mereka tiba-tiba membatalkan hasrat Last minute tau , Di sebabkan komitmen yang tak dapat di elakkan .So aku nak batalkan pun tiket penerbangan telah di tempah sebulan lebih awal . Kalau boleh dapat duit balik okeylah juga kan tetapi setelah di tanya pada pihak Airlines duit akan burn @ hangus huhuhuhu...sayang kan penat kumpul itu bukan senang tau. So aku pun bertekad untuk kuatkan semangat pergi sendiri. Sebenarnya tujuan aku ke Tawau bukan setakat makan angin tapi menghadiri majlis perkahwinan sahabat baik ku, Puan Armilah.Apa lagi tunggu lah saat dan waktu nya menghitung hari.

Hari berganti hari , Saat yang di tunggu telah tiba..aku bersiap-siap ke KLIA , Sepang dalam jam 930 Pagi dan mengambil masa hanya 30 minit perjalanan dari rumah ku. Sampai saja di KLIA..aku terus check in kiosk (teror kan aku macam biasa saja , sebenarnya aku pernah bekerja attend pasengger flight guna kiosk ni hhehehehe) So setelah selesai tiba masa nya untuk aku queue line untuk check in baggage pula di Row B untuk Domestic flight . Tak mahu aku angkut beg nie berat-berat walaupun tak sampai 7kg lagi untuk cabin size.

Then setelah selesai bagasi di check in , aku terus masuk ke balai berlepas di Gate B5 untuk penerbangan ke Tawau Jam 1140 Pagi . Hati aku cukup gemuruh sebab ini adalah pertama kali juga aku pergi bersendirian tanpa teman . Selalu aku pasti di temani oleh family ku or sahabat-sahabatku.So masa pasti perlu perubahan , dan aku bukan anak kecil lagi .Aduhai Tawakal aku banyak- banyak untuk menghilang rasa gemuruh di jiwa. Flight yang di jangka berlepas jam 1140 di jadualkan delay 20minit di sebabkan kelewatan ketibaan  flight dari Kuantan so flight ke Tawau akan berlepas jam 12 tengahari.Menanti dengan penuh kesabaran . Jeng..jeng...jeng... boarding time already..setelah mendengar pengumuman dari staff Airlines jom meriahkan perjalanan ke Tawau..(cewah konon nak menghilangkan gemuruh lah tu hahahhaha)

Agak frust juga sebab aku tak dapat window seat so kena tengok pemandangan kepala jiran sebelah saja lah huhuhu. So my partner di seat 24 ACD ialah pasangan husband and wife yang pregnant. setelah berlepas dalam 40 minit aku menjamu selera walaupun perut agak tak memuaskan dengan hidangan dari pihak Airlines dengan menu nasi ayam percik with sayur and coklat. Okeylah just nice hhehe.Terdengar Co-pilot membuat pengumuman tentang keadaan cuaca yang tidak berapa baik so and flight akan di jangka tiba pada jam 330petang.Huhuhu Penantian satu penyiksaan sebab aku memang jenis tak suka duduk lama-lama rasa nak kematu adui hahhahaha.Tapi ak kagm dengan keindahan dari ruang udara dengan pokok kelapa sawit yang banyak melitupi setiap sudut muka bumi.Begitu besar ciptaan Nya.

 Alhamdulillah akhirnya aku sampai ke Airport Tawau dengan jaya nya. Setelah keluar dari perut air craft setiap penumpang perlu melapor diri di kaunter Imigresen terlebih dahulu sebelum keluar ke pintu ketibaan dan mengambil bagasi.Just menunjukkan kad pengenalan diri atau pasport.

kaunter Imigresen sebelum keluar ke balai ketibaan

Aku mengambil perkhidmatan teksi airport ke Bandar Tawau dengan harga RM45 , aku ronda-ronda mencari kedai makan kerana perut sudah bergendang dangdut pula sedangkan aku dah makan dalam flight tadi.Maybe angin lebih banyak mengisi ruang perut ku dari zat makanan hehhehe. Setelah penat berjalan aku mengambil teksi untuk ke kampung Pukat , Tanjung Batu dimana berlangsungnya majlis perkahwinan sahabatku.Pemandu teksi yang membawa aku itu cukup peramah bernama Oleng ,sampai saja di kawasan kampung atas air aku menghubungi sahabatku untuk memastikan kedudukan tepat ke arah rumahnya.sementara menunggu sahabatku datang menjemput , pemandu meminta aku tidak keluar dari teksi sehingga sahabatku sampai...risau katanya al-maklumla ni pertama kali aku ke Tawau.Ya Allah Baik nya orang ini tak sangka masih ada lagi manusia yang baik di muka bumi ini.Terima kasih Oleng,Jasa mu akan di kenang sampai bila-bila.

Sampai saja aku di rumah sahabatku , aku terpegun dengan suasana kawasan rumah atas air ini, sungguh tenang walaupun aku agak kekok dan pening dengan keadaan rumah yang bergoyang-goyang tatkala di langgar ombak.MasyaAllah cantiknya...




Melihat kehidupan di atas air ini mengajar aku erti menghargai saat-saat yang ada. Merasai kehidupan yang susah berumah papan , tiada tandas mangkuk , tidak berlampu di waktu malam , makan apa yang ada dan termampu sedangkan kita di semenanjung hidup dalam serba- serbi lengkap walaupun dalam kesederhanaan.

Wednesday, April 10, 2013

Makaroni Bakar


Hai Salam 1 Malaysia...

Kebetulan Hari ini ada planning nak celeberate birthday my Abah tersayang Yang Ke 59 tahun..so mula  la aku perah otak nak cari idea nak masak something yang jarang di makan.Hari itu masa birthday my sweet princess..aku buat spaghetti kegemaran dia.sampai demam pun nak request spagheti jugak.


So aku survey dekat google lah apa lagi...jumpa satu website nie. Aku salin resipi dan keluar cari bahan - bahan yang di perlukan.So nak update dekat blog nie aku copy paste je la dari website yang aku tengok tu.Tak salah kan kalau kita masak pun cara yang berbeza walaupun resipi sama.Tapi aku dah tak berapa ingat nama website tu.Tolong halalkan lah ya tuan punya website.Aku malas nak taip banyak-banyak.


bawang yang siap ditumis

Daging kisar
Makaroni yang siap di rebus




MAKARONI BAKAR

Bahan-bahan ( loyang 9' )

  • 250g macaroni (setengah bungkus)
  • 5 biji telur gred A
  • 1 paket sedang daging kisar (Aku guna Ramly's product)
  • 2 biji bawang besar dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih potong kecil2
  • 3 sudu minyak untuk menumis
  • 1 biji lada benggala dipotong dadu ( untuk bagi ceria warna-warni)
  • garam dan serbuk perasa
  • sedikit lada sulah
  • untuk topping: sos cili, sos tomato mayonis dan keju mozarella yg diparut.

Cara-cara

  1. rebus macaroni sehingga empuk basuh dan toskan
  2. tumis bawang besar dan bawang putih
  3. masukkan daging biar seketika hingga daging masak
  4. masukkan macaroni yg direbus tadi
  5. masukkan garam, serbuk perasa dan lada sulah
  6. goreng seketika dan tutup api
  7. setelah api ditutup barulah masukkan telur.. goreng lagi hingga semua bercampur
  8. sapu loyang dengan majerin dan tuang semua macaroni tadi ke dlm loyang.
  9. tabur keju hingga menutupi macaroni kemudia picit sos cili dan sos tomato serta mayonis diatasnya
  10. bakar dengan suhu 130' selama hampir sejam
  11.  setelah masak biarkan sejuk sedikit bru dipotong.(kalau potong masa terlalu panas nanti ia bercerai.)


Rasa puas hati bila masak dari air tangan kita sendiri kan.Berbaloi-baloi.....sekali buat dan rasa memang akan try lagi lah.... :-D




Selamat Mencuba.




Monday, April 8, 2013

CUTI-CUTI MALAYSIA DI PANTAI PENGKALAN BALAK, MELAKA


Jam 9:00 pagi... Aku bertolak ke Pengkalan Balak bersama anak2..firdaus,farhani dan firzana. Perjalanan yang cukup bermakna walaupun hujan lebat sepanjang jalan. Anak-anak pun dah excited nak pergi bercuti al- Maklumlah aku tak pernah bawa dia orang pergi bercuti bersama. Kesempatan yang ada ini lah aku ambil peluang untuk berkumpul dan bercuti bersama. 

Kenangan manis yang akan segar dalam ingatan anak-anak.InsyaAllah. Aku mengambil jalan highway Nilai-Seremban untuk ketempat yang di tuju. Kemudian memasuki jalan ke Pedas-Linggi untuk meneruskan perjalanan. Hujan turun agak lebat sepanjang perjalanan membuat perut mula berkeroncong lagu rock, jadi kami berhenti sekejap di tepi jalan sebuah kampung di kawasan lapang untuk mengisi perut.Kebetulan aku sempat mengoreng mee hoon di rumah tadi.Selesai mengenyangkan perut,aku meneruskan perjalanan.

Teratak Rehat Atie Ira
                                                 



 Jam 1:30 tengahari... Kami sampai ke Pantai Pengkalan Balak, So kami pun dengan semangatnye terus mencari chalet yang aku dah booking 2 minggu lepas. Ronda- meronda sambil mencari lokasi chalet tak jumpa2 juga. Hati dah teruja sangat dengan keindahan pantai,anak2 pula dah tak sabar nak mandi laut. Bak kata pepatah “Malu bertanya sesat jalan” so aku pun memringankan mulut untuk bertanya abang yang ada kedai makan tepi pantai tersebut. Rupanye chalet aku itu tiada dekat kawasan situ. Ada satu lagi tempat yang perlu aku cari.So aku meneruskan perjalanan mencari dan terus mencari. Dan jeng..jeng..jeng..Alhamdulillah Akhirnya bertemu juga…."Teratak Rehat Atie Ira". So.... aku berjumpa dengan tuan punya Chalet tersebut yang di kenali sebagai Kak Siti. Sementara menanti check- in jam 2, aku dan anak-anak pergi ke surau yang berhampiran dengan chalet..untuk menunaikan solat Zuhur. Tenangnya hati ini melihat keindahan pantai yang sungguh cantik.


Harga Yang Berpatutan dan sama Walaupun Cuti Sekolah



  Selesai Check in...aku dan anak-anak merehatkan diri seketika di chalet pilihan kami. Ini 1st time kami anak beranak lepak di luar daerah iaitu di luar negeri Selangor bersama. Ceeewahhhh...HHEHEHE. So komen kami memang cantik lah chalet ini walaupun cuma ada satu katil Queen. So aku ambil extra bed dengan bayaran rm10. So totally dengan dua bilik is rm280 untuk dua malam. Wooooo dua malam itu..... Apa planning nak buat dengan anak-anak ni. Belum ada idea yang muncul Lagi. Tak mengapa ada banyak masa lagi untuk memikirkan nya.Actually ,  faham2 sajalah kalau bawa anak-anak bercuti apatahlagi ke area pantai, dalam pemikiran budak-budak tak ada lain ialah Mandi -manda lah. 
Penat lelah drive pun tak sempat hilang lagi, anak2 excited sangat sudah. Tak di layan kang ada yang mengamuk pula...siapa tak sayang anak oooiiii. Firzana lah yang paling excited, sampai mengamuk-amuk nak pergi mandi. Malu di dengar dek jiran, aku turutkan jua hehehhe. Ini lah masanya kita nak gembirakan mereka.Sebab aku jarang bawa mereka berjalan-jalan.Infrastrukturnya pun menarik perhatian pengunjung yang datang.Tempat bersantai pun ada.. karaoke pun ada sesuai untuk buat family Day.Macam-macam ada. :-D


Keindahan Pantai Yang Cantik



 .
Bilik kayu berkipas


Sebelum aku datang ke mari ..Macam-macam cerita aku dengar tentang Pantai Pengkalan Balak ni. Salah Satu nya ialah tentang sejenis haiwan laut iaitu obor-obor yang ada di pantai yang boleh mengigit pengunjung yang datang mandi-manda di sini. Aku agak risau juga..tapi aku tawakal banyak-banyak. Tapi semasa anak-anak nak mandi , aku pastikan dulu keadaan selamat terlebih dahulu. Dah macam LifeGuard pula aku hehehhe... Apa pun tak boleh. Nak buat macam mana , kena berjaga-jaga juga kan , lagi-lagi untuk anak-anak tersayang. Alhamdulillah , Semua  berkeadaan baik. 

Menyentuh Pasal bab makan , Memang Senang dan banyak pilihan lagi-lagi ikan bakar. Aku pilih yang berdekatan dengan chalet saja , kesian anak-anak kepenatan nanti kalau berjalan jauh. Macam makan tak kenyang mandi tak basah lah...bila penat dah menguasai..makan pun mau tak mau je. Aku pergi ke Medan Selera Pantai Pengkalan Balak. Walaupun waktu malam , pilihan ikan terhad tapi lapar punya pasal di redah-redahkan juga.

So 1st malam nie aku dan anak-anak sepakat memilih menu ikan siakap masak 3 rasa , sotong goreng tepung dan tomyam sayur campur untuk mengenyangkan perut-perut kami anak-beranak.

So Alhamdulillah, masing-masing dah kenyang...anak-anak pun dah start bosan. "balik" saja yang ada dalam kepala dia orang. So Totally makan untuk malam ini ialah RM 78.00. Wow...boleh tahan juga..pikir-pikir balik apa yang mahal , baru teringat ikan siakap Rm 44.00..berbaloi- baloi lah kalau nak ikan yang besar.hehhehehhehehhe........

Sampai chalet , apalagi perkara yang nak di laksanakan...landing time lah ...ahaks. Anak-anak aku masuk tidur awal lah malam ni..sebab penat sangat. So apa aku nak komen lagi ye...mata pun dah start ngantuk juga. Tapi 1st day kami dekat Pantai dan chalet nie...kami bagi 4 bintang lah...memang pilihan yang tepat sangat untuk jadikan destinasi percutian.I love Pantai Pengkalan Balak. ~@Ra~





                                             




  

             









Wednesday, March 20, 2013

Khasiat Budu..

Budu memang popular bagi masyarakat di kelantan. Mungkin anda tidak tahu satu kajian yang dibuat telah mengesah kan bahawa budu berkesan menurunkan kadar kolestrol dan boleh mencantikkan kulit serta awet muda. Sebuah syarikat kosmetik juga telah mencampurkan budu cap ketereh ( Satu jenama budu yang terkenal, wah ini promosi percuma, tak apa, amal jariah ) kedalam produk kecantikkan kulit mereka. Jadi pada yang tak suka budu sila makan budu tiap2 hari mulai sekarang. Caranya mudah, potong kecil2 bawang merah dan cili api, tuangkan sedikit budu dalam mangkuk, perah asam limau dan gaulkan. Makan dengan ulam, atau cecah begitu saja . Kalau Aku suka letak tempoyak or cencaluk...memang best la...lagipun ape guna ada darah kelantan yang mengalir dalam badan ni kalau tak mengemari budu yang enak ni.Budu Ni dah Sinonim sangat dengan orang kelantan.Aku pun dah ketagih makan budu ,kalau makan nasi tanpa budu umpama hidup ni berdiri sebelah kaki je.tak cukup memuaskan hati hehheheh.Budu ni di perbuat dari ikan bilis yang di peram dalam 1 tong besar.Tapi zaman sekarang ada juga aku tengok yang lahir kat kelantan ada yang tak makan budu.Rugi woooo.Bau nya memang agak busuk tapi dah rasa pehhhh best lah.selera boleh naik bile nampak budu tau.tertelan air liur dah nie..baru cerita dah rase enak..belum menjamahnya lagi.well , budu kan boleh meningkatkan IQ dan merangsang sel otak .. sebab tu laju semacam je otak aku ni berfikir .. hakhak! .. nak anak-anak anda cerdik ? bagilah makan budu sejak kecil .. lalalala XD Betapa dasyatnya penangan budu Tau.Budu ni boleh dikategorikan macam pekasam lah sebab dia guna ikan bilis yang di peram hancur.Makin lama di peram makin sedap bau dan rasanya.Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun. Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Budu mesti ada bila di hidangkan dengan nasi kerabu,memang bestlah.Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas....Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.... Huh.... Panjang kan? Tapi ada lagi nih.... hehehe... Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara. Banyak pula minah ni berceloteh.apa-apa pun kelazatan budu memang amat ketara sedapnya.Jom try budu.mantop....

Thursday, February 10, 2011

Mama rasa chicken pop jua...

Alahai....giliran ku pula mengalami simptom2 demam cacar selepas anak bujangku.Aku tak menjangka akan terkena,sebab mak pernah beritahu yang aku pernah mengalami nya masa kecil. simptom ni aku dapat kesan setelah badan ku tak sedap dan hilang selera makan dengan tiba2 sedangkan aku memang pantang makan yakni suka dan hobi ku adalah makan.Pantang nampak je makanan yang ada depan mata , aku takkan lepaskan peluang untuk menikmatinya..bak kata pepatah "Musuh jangan di cari rezeki jangan di tolak"dah ada depan mata rugila kalau tak mencuba hehehehe.

Pagi 9hb Febuari , aku merasa tak sedap badan dan terdapat kesan2 bintik2 merah berair di belakang badan ku,kebetulan aku baru lepas demam.Memang perasaan di hati tertanya2 "adakah aku kena chicken pop?"Tapi mustahil lah sebab tau aku dah pernah kena semasa kecil.Hati tak sedap juga lalu mengajak kawan pergi mencari air kelapa muda dekat kedai mamak area KLIA.Perghh nak di jadikan cerita..memang berbaloi la harga air kelapa tu RM 3.50,sekali minum je 2jam selepas tu habis keluar semua virus dalam badan ku jelas kelihatan di kulit ku.

Aku pergi mengambil rawatan di klinik kegemaranku iaitu Klinik Suhaini...aku di beri ubat demam Paracetamol, Chlorpheniramine maleate (ubat tahan gatal) dan Virox Acyclovir ( pil hilangkan parut)..discaj aku RM 96.00 kos rawatan dan perubatan.Aku dapat MC sampai seminggu....adoi rasa bosan lak duduk di rumah lama2, Al maklumlah dah biasa kerja tanpa rest time.sekali di beri cuti lama..dah blur tak tau nak buat ape time cuti ni.

10 Febuari 2011, bermula lah kehidupan baru ku huhu...lepak di rumah saja.Bintik merah mula kelihatan di muka ku yang tak ayu ni.Memang tak ku sangka begini jadi nya...tapi aku redha dengan ketentuanNYA.Aku kena makan ubat 4kali sehari cukuplah liat...tak larat lah nak makan lepas tu layan ngantuk penangan ubat tu.Asyik2 tidur2 je..tak mampu melawan kekuatan ubat tersebut.Tidur lah aku sekerap nya....sampai orang call pun aku abaikan..mesej no layan.Aku dah bosan..aku dah bosan huhu.

Ya Allah Ya Tuhanku, Hanya kau yang mengerti kepedihan yang ku alami.Doktor pun dah beritahu demam cacar kalau kena time dewasa memang akan terasa sakit berbanding kena time masa kecil.Patutlah anak bujangku rileks je mase kena cacar tu..baru padan muka ku huhu. Saat bintik2 tu nak keluar je..pasti aku menjerit kecil menahan sakit.Konon nak cover depan anak2...malu la nanti kalau anak2 nampak mamanya tak tahan sakit macam dia orang. Bila terpecah pula lagilah terasa pedih nya sampai menangis aku di buatnya. Tak cukup dengan tu...tekak pulak tak boleh nak menelan sebab ada sebiji bintik2 merah tumbuh di anak tekak ku. Aku kena kuatkan semangat,kena tahan sakit kan...aku sedang cuba untuk melawan dan terus melawan.Aku pun jarang berbedak sejuk..sekarang time ni la aku kena merasa berbedak sejuk ala Geisha atau opera cina...tujuan nya untuk mengecutkan bintik2 yang bernanah supaya cepat kering.Bila dah kering cepatlah aku baik kan2..hehhehe.

Bermula rutin harian ku setelah dapat MC...makan ubat lepas tu tidur dah tak ada kerja lain dah aku mampu buat.siapkan anak2 pergi sekolah lepas tu tidur huhu.Apa nak jadi???Nak layan chating pun dah moody lagi lah aku tension.Bila di sorongkan bantal aku nak tidur je dah tak ada kerja lain dah huhu.Harap2 cepat2 lah sembuh ek..cepatla aku mula kerja.Rindu kat kawan2 lah...:-)

Monday, January 24, 2011

Nasrul Firdaus anak bujangku Cuti Panjang sebab Chicken Pop...


Malam tadi anak ku menunjukkan simptom2 nak kena demam cacar...so aku sebagai mama nye minta dia sabar dan berehat sementara menanti esok pagi.Dalam masa yang sama aku kalut dan mengelabah juga sebab ini first time aku hadapi nya, sampai tidur pun tak lena.

Jam 9 pagi,aku bawa anak pergi ke Klinik Suhaini yang memang klinik favourite aku di Banting.Selepas di check up..doktor sahkan anakku memang kena demam cacar atau nama lain chicken pop..dan dia di beri cuti sakit selama seminggu.Bila di beritahu pada anak lelakiku seorang ni punyalah suka dia,tersenyum lebar sebab dapat cuti lama.Ada satu yang perlu aku ingat...adik2 dia pun bakal menerima simptom yang sama selepas abang nya.

Sampai di rumah,terus aku mulakan rutin baru ku sebagai mama merangkap jururawat yang kena memantau anak yang sedang sakit."Masa untuk makan ubat....", Ujar ku pada anak bujangku.Berat juga dia nak makan tu tapi demi kesihatan dia harus akur.Walaupun dia nakal dan kurang nak dengar kataku tapi aku tetap sayang dia.Siapa tak sayang anak oi.Semoga cepat sembuh.mama sayang kamu NASRUL FIRDAUS selamanya.NASRIN FARHANI DAN NASREEN FIRZANA...mama sayang kamu berdua jua.

Makanan eksotik di Selera Rimba ,Sungai Lembing




Malaysia ni memang negara yang unik....dengan adanya berbilang bangsa dan kaum, bab makanan lagi lah unik.Aku di buka minda untuk merasa keunikan itu.Terus teranglah aku cakap , aku memang paling suka makan,ape2 je jenis makanan aku nak try dan test.
So aku patut say thanks buat abang aref sebab bagi peluang aku join biker club dia pergi berkonvoi ke satu lokasi dalam area selangor dengan niat untuk makan sebab dia tau aku memang suka makan..makan jangan tak makan.


Jam 9 aku berkumpul di R&R Sungai Buloh...menanti kawan2 yang lain.setelah semua berkumpul standby utk bertolak sampai tersesat jalan nak ke Bidor tu hahahha.

Dalam pukul 1 tengahari kami sampai ke tempat yang di tuju walaupun terdelay lama.Kasihan kawan2 yang lain yang sudah sampai awal still tunggu kami untuk menikmati hidangan beramai2. Setelah menghilangkan penat, kami di hidangkan dengan 4 jenis lauk dari menu yang ada termasuk ulam-ulaman yang pelbagai menambahkan lagi selera memang kena dengan perut yang dah sibuk berkeroncong dari pagi tadi.

Menu2nya ialah rendang daging landak, burung wak2 masak kicap, ayam hutan goreng berempah dan udang masak cili api beserta sambal belacan dan tempoyak.pergghh marvelous2...lazat2.Di hidangkan juga dengan minuman air limau memang bagi perut betul2 hot tu.

Setelah selesai lepak selama 3jam , kami beransur pulang dengan kekenyangan.dan kena standby lah,al maklumlah perut dah kenyang then kena lalui jalan berbumping2...silap hari bulan mau terkeluar balik apa yang di makan tadi.

Kenangan yang tak dapat di lupakan...sentiasa dalam ingatan.pencarian akan terus di jalankan menikmati pelbagai citarasa makanan yang unik di Malaysia ini.bestnyeeee.......