Hari berganti hari , Saat yang di tunggu telah tiba..aku bersiap-siap ke KLIA , Sepang dalam jam 930 Pagi dan mengambil masa hanya 30 minit perjalanan dari rumah ku. Sampai saja di KLIA..aku terus check in kiosk (teror kan aku macam biasa saja , sebenarnya aku pernah bekerja attend pasengger flight guna kiosk ni hhehehehe) So setelah selesai tiba masa nya untuk aku queue line untuk check in baggage pula di Row B untuk Domestic flight . Tak mahu aku angkut beg nie berat-berat walaupun tak sampai 7kg lagi untuk cabin size.
Then setelah selesai bagasi di check in , aku terus masuk ke balai berlepas di Gate B5 untuk penerbangan ke Tawau Jam 1140 Pagi . Hati aku cukup gemuruh sebab ini adalah pertama kali juga aku pergi bersendirian tanpa teman . Selalu aku pasti di temani oleh family ku or sahabat-sahabatku.So masa pasti perlu perubahan , dan aku bukan anak kecil lagi .Aduhai Tawakal aku banyak- banyak untuk menghilang rasa gemuruh di jiwa. Flight yang di jangka berlepas jam 1140 di jadualkan delay 20minit di sebabkan kelewatan ketibaan flight dari Kuantan so flight ke Tawau akan berlepas jam 12 tengahari.Menanti dengan penuh kesabaran . Jeng..jeng...jeng... boarding time already..setelah mendengar pengumuman dari staff Airlines jom meriahkan perjalanan ke Tawau..(cewah konon nak menghilangkan gemuruh lah tu hahahhaha)
Agak frust juga sebab aku tak dapat window seat so kena tengok pemandangan kepala jiran sebelah saja lah huhuhu. So my partner di seat 24 ACD ialah pasangan husband and wife yang pregnant. setelah berlepas dalam 40 minit aku menjamu selera walaupun perut agak tak memuaskan dengan hidangan dari pihak Airlines dengan menu nasi ayam percik with sayur and coklat. Okeylah just nice hhehe.Terdengar Co-pilot membuat pengumuman tentang keadaan cuaca yang tidak berapa baik so and flight akan di jangka tiba pada jam 330petang.Huhuhu Penantian satu penyiksaan sebab aku memang jenis tak suka duduk lama-lama rasa nak kematu adui hahhahaha.Tapi ak kagm dengan keindahan dari ruang udara dengan pokok kelapa sawit yang banyak melitupi setiap sudut muka bumi.Begitu besar ciptaan Nya.
Alhamdulillah akhirnya aku sampai ke Airport Tawau dengan jaya nya. Setelah keluar dari perut air craft setiap penumpang perlu melapor diri di kaunter Imigresen terlebih dahulu sebelum keluar ke pintu ketibaan dan mengambil bagasi.Just menunjukkan kad pengenalan diri atau pasport.
kaunter Imigresen sebelum keluar ke balai ketibaan |
Aku mengambil perkhidmatan teksi airport ke Bandar Tawau dengan harga RM45 , aku ronda-ronda mencari kedai makan kerana perut sudah bergendang dangdut pula sedangkan aku dah makan dalam flight tadi.Maybe angin lebih banyak mengisi ruang perut ku dari zat makanan hehhehe. Setelah penat berjalan aku mengambil teksi untuk ke kampung Pukat , Tanjung Batu dimana berlangsungnya majlis perkahwinan sahabatku.Pemandu teksi yang membawa aku itu cukup peramah bernama Oleng ,sampai saja di kawasan kampung atas air aku menghubungi sahabatku untuk memastikan kedudukan tepat ke arah rumahnya.sementara menunggu sahabatku datang menjemput , pemandu meminta aku tidak keluar dari teksi sehingga sahabatku sampai...risau katanya al-maklumla ni pertama kali aku ke Tawau.Ya Allah Baik nya orang ini tak sangka masih ada lagi manusia yang baik di muka bumi ini.Terima kasih Oleng,Jasa mu akan di kenang sampai bila-bila.
Sampai saja aku di rumah sahabatku , aku terpegun dengan suasana kawasan rumah atas air ini, sungguh tenang walaupun aku agak kekok dan pening dengan keadaan rumah yang bergoyang-goyang tatkala di langgar ombak.MasyaAllah cantiknya...
Melihat kehidupan di atas air ini mengajar aku erti menghargai saat-saat yang ada. Merasai kehidupan yang susah berumah papan , tiada tandas mangkuk , tidak berlampu di waktu malam , makan apa yang ada dan termampu sedangkan kita di semenanjung hidup dalam serba- serbi lengkap walaupun dalam kesederhanaan.
No comments:
Post a Comment