Alahai....giliran ku pula mengalami simptom2 demam cacar selepas anak bujangku.Aku tak menjangka akan terkena,sebab mak pernah beritahu yang aku pernah mengalami nya masa kecil. simptom ni aku dapat kesan setelah badan ku tak sedap dan hilang selera makan dengan tiba2 sedangkan aku memang pantang makan yakni suka dan hobi ku adalah makan.Pantang nampak je makanan yang ada depan mata , aku takkan lepaskan peluang untuk menikmatinya..bak kata pepatah "Musuh jangan di cari rezeki jangan di tolak"dah ada depan mata rugila kalau tak mencuba hehehehe.
Pagi 9hb Febuari , aku merasa tak sedap badan dan terdapat kesan2 bintik2 merah berair di belakang badan ku,kebetulan aku baru lepas demam.Memang perasaan di hati tertanya2 "adakah aku kena chicken pop?"Tapi mustahil lah sebab tau aku dah pernah kena semasa kecil.Hati tak sedap juga lalu mengajak kawan pergi mencari air kelapa muda dekat kedai mamak area KLIA.Perghh nak di jadikan cerita..memang berbaloi la harga air kelapa tu RM 3.50,sekali minum je 2jam selepas tu habis keluar semua virus dalam badan ku jelas kelihatan di kulit ku.
Aku pergi mengambil rawatan di klinik kegemaranku iaitu Klinik Suhaini...aku di beri ubat demam Paracetamol, Chlorpheniramine maleate (ubat tahan gatal) dan Virox Acyclovir ( pil hilangkan parut)..discaj aku RM 96.00 kos rawatan dan perubatan.Aku dapat MC sampai seminggu....adoi rasa bosan lak duduk di rumah lama2, Al maklumlah dah biasa kerja tanpa rest time.sekali di beri cuti lama..dah blur tak tau nak buat ape time cuti ni.
10 Febuari 2011, bermula lah kehidupan baru ku huhu...lepak di rumah saja.Bintik merah mula kelihatan di muka ku yang tak ayu ni.Memang tak ku sangka begini jadi nya...tapi aku redha dengan ketentuanNYA.Aku kena makan ubat 4kali sehari cukuplah liat...tak larat lah nak makan lepas tu layan ngantuk penangan ubat tu.Asyik2 tidur2 je..tak mampu melawan kekuatan ubat tersebut.Tidur lah aku sekerap nya....sampai orang call pun aku abaikan..mesej no layan.Aku dah bosan..aku dah bosan huhu.
Ya Allah Ya Tuhanku, Hanya kau yang mengerti kepedihan yang ku alami.Doktor pun dah beritahu demam cacar kalau kena time dewasa memang akan terasa sakit berbanding kena time masa kecil.Patutlah anak bujangku rileks je mase kena cacar tu..baru padan muka ku huhu. Saat bintik2 tu nak keluar je..pasti aku menjerit kecil menahan sakit.Konon nak cover depan anak2...malu la nanti kalau anak2 nampak mamanya tak tahan sakit macam dia orang. Bila terpecah pula lagilah terasa pedih nya sampai menangis aku di buatnya. Tak cukup dengan tu...tekak pulak tak boleh nak menelan sebab ada sebiji bintik2 merah tumbuh di anak tekak ku. Aku kena kuatkan semangat,kena tahan sakit kan...aku sedang cuba untuk melawan dan terus melawan.Aku pun jarang berbedak sejuk..sekarang time ni la aku kena merasa berbedak sejuk ala Geisha atau opera cina...tujuan nya untuk mengecutkan bintik2 yang bernanah supaya cepat kering.Bila dah kering cepatlah aku baik kan2..hehhehe.
Bermula rutin harian ku setelah dapat MC...makan ubat lepas tu tidur dah tak ada kerja lain dah aku mampu buat.siapkan anak2 pergi sekolah lepas tu tidur huhu.Apa nak jadi???Nak layan chating pun dah moody lagi lah aku tension.Bila di sorongkan bantal aku nak tidur je dah tak ada kerja lain dah huhu.Harap2 cepat2 lah sembuh ek..cepatla aku mula kerja.Rindu kat kawan2 lah...:-)
No comments:
Post a Comment