Wednesday, April 10, 2013

Makaroni Bakar


Hai Salam 1 Malaysia...

Kebetulan Hari ini ada planning nak celeberate birthday my Abah tersayang Yang Ke 59 tahun..so mula  la aku perah otak nak cari idea nak masak something yang jarang di makan.Hari itu masa birthday my sweet princess..aku buat spaghetti kegemaran dia.sampai demam pun nak request spagheti jugak.


So aku survey dekat google lah apa lagi...jumpa satu website nie. Aku salin resipi dan keluar cari bahan - bahan yang di perlukan.So nak update dekat blog nie aku copy paste je la dari website yang aku tengok tu.Tak salah kan kalau kita masak pun cara yang berbeza walaupun resipi sama.Tapi aku dah tak berapa ingat nama website tu.Tolong halalkan lah ya tuan punya website.Aku malas nak taip banyak-banyak.


bawang yang siap ditumis

Daging kisar
Makaroni yang siap di rebus




MAKARONI BAKAR

Bahan-bahan ( loyang 9' )

  • 250g macaroni (setengah bungkus)
  • 5 biji telur gred A
  • 1 paket sedang daging kisar (Aku guna Ramly's product)
  • 2 biji bawang besar dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih potong kecil2
  • 3 sudu minyak untuk menumis
  • 1 biji lada benggala dipotong dadu ( untuk bagi ceria warna-warni)
  • garam dan serbuk perasa
  • sedikit lada sulah
  • untuk topping: sos cili, sos tomato mayonis dan keju mozarella yg diparut.

Cara-cara

  1. rebus macaroni sehingga empuk basuh dan toskan
  2. tumis bawang besar dan bawang putih
  3. masukkan daging biar seketika hingga daging masak
  4. masukkan macaroni yg direbus tadi
  5. masukkan garam, serbuk perasa dan lada sulah
  6. goreng seketika dan tutup api
  7. setelah api ditutup barulah masukkan telur.. goreng lagi hingga semua bercampur
  8. sapu loyang dengan majerin dan tuang semua macaroni tadi ke dlm loyang.
  9. tabur keju hingga menutupi macaroni kemudia picit sos cili dan sos tomato serta mayonis diatasnya
  10. bakar dengan suhu 130' selama hampir sejam
  11.  setelah masak biarkan sejuk sedikit bru dipotong.(kalau potong masa terlalu panas nanti ia bercerai.)


Rasa puas hati bila masak dari air tangan kita sendiri kan.Berbaloi-baloi.....sekali buat dan rasa memang akan try lagi lah.... :-D




Selamat Mencuba.




Monday, April 8, 2013

CUTI-CUTI MALAYSIA DI PANTAI PENGKALAN BALAK, MELAKA


Jam 9:00 pagi... Aku bertolak ke Pengkalan Balak bersama anak2..firdaus,farhani dan firzana. Perjalanan yang cukup bermakna walaupun hujan lebat sepanjang jalan. Anak-anak pun dah excited nak pergi bercuti al- Maklumlah aku tak pernah bawa dia orang pergi bercuti bersama. Kesempatan yang ada ini lah aku ambil peluang untuk berkumpul dan bercuti bersama. 

Kenangan manis yang akan segar dalam ingatan anak-anak.InsyaAllah. Aku mengambil jalan highway Nilai-Seremban untuk ketempat yang di tuju. Kemudian memasuki jalan ke Pedas-Linggi untuk meneruskan perjalanan. Hujan turun agak lebat sepanjang perjalanan membuat perut mula berkeroncong lagu rock, jadi kami berhenti sekejap di tepi jalan sebuah kampung di kawasan lapang untuk mengisi perut.Kebetulan aku sempat mengoreng mee hoon di rumah tadi.Selesai mengenyangkan perut,aku meneruskan perjalanan.

Teratak Rehat Atie Ira
                                                 



 Jam 1:30 tengahari... Kami sampai ke Pantai Pengkalan Balak, So kami pun dengan semangatnye terus mencari chalet yang aku dah booking 2 minggu lepas. Ronda- meronda sambil mencari lokasi chalet tak jumpa2 juga. Hati dah teruja sangat dengan keindahan pantai,anak2 pula dah tak sabar nak mandi laut. Bak kata pepatah “Malu bertanya sesat jalan” so aku pun memringankan mulut untuk bertanya abang yang ada kedai makan tepi pantai tersebut. Rupanye chalet aku itu tiada dekat kawasan situ. Ada satu lagi tempat yang perlu aku cari.So aku meneruskan perjalanan mencari dan terus mencari. Dan jeng..jeng..jeng..Alhamdulillah Akhirnya bertemu juga…."Teratak Rehat Atie Ira". So.... aku berjumpa dengan tuan punya Chalet tersebut yang di kenali sebagai Kak Siti. Sementara menanti check- in jam 2, aku dan anak-anak pergi ke surau yang berhampiran dengan chalet..untuk menunaikan solat Zuhur. Tenangnya hati ini melihat keindahan pantai yang sungguh cantik.


Harga Yang Berpatutan dan sama Walaupun Cuti Sekolah



  Selesai Check in...aku dan anak-anak merehatkan diri seketika di chalet pilihan kami. Ini 1st time kami anak beranak lepak di luar daerah iaitu di luar negeri Selangor bersama. Ceeewahhhh...HHEHEHE. So komen kami memang cantik lah chalet ini walaupun cuma ada satu katil Queen. So aku ambil extra bed dengan bayaran rm10. So totally dengan dua bilik is rm280 untuk dua malam. Wooooo dua malam itu..... Apa planning nak buat dengan anak-anak ni. Belum ada idea yang muncul Lagi. Tak mengapa ada banyak masa lagi untuk memikirkan nya.Actually ,  faham2 sajalah kalau bawa anak-anak bercuti apatahlagi ke area pantai, dalam pemikiran budak-budak tak ada lain ialah Mandi -manda lah. 
Penat lelah drive pun tak sempat hilang lagi, anak2 excited sangat sudah. Tak di layan kang ada yang mengamuk pula...siapa tak sayang anak oooiiii. Firzana lah yang paling excited, sampai mengamuk-amuk nak pergi mandi. Malu di dengar dek jiran, aku turutkan jua hehehhe. Ini lah masanya kita nak gembirakan mereka.Sebab aku jarang bawa mereka berjalan-jalan.Infrastrukturnya pun menarik perhatian pengunjung yang datang.Tempat bersantai pun ada.. karaoke pun ada sesuai untuk buat family Day.Macam-macam ada. :-D


Keindahan Pantai Yang Cantik



 .
Bilik kayu berkipas


Sebelum aku datang ke mari ..Macam-macam cerita aku dengar tentang Pantai Pengkalan Balak ni. Salah Satu nya ialah tentang sejenis haiwan laut iaitu obor-obor yang ada di pantai yang boleh mengigit pengunjung yang datang mandi-manda di sini. Aku agak risau juga..tapi aku tawakal banyak-banyak. Tapi semasa anak-anak nak mandi , aku pastikan dulu keadaan selamat terlebih dahulu. Dah macam LifeGuard pula aku hehehhe... Apa pun tak boleh. Nak buat macam mana , kena berjaga-jaga juga kan , lagi-lagi untuk anak-anak tersayang. Alhamdulillah , Semua  berkeadaan baik. 

Menyentuh Pasal bab makan , Memang Senang dan banyak pilihan lagi-lagi ikan bakar. Aku pilih yang berdekatan dengan chalet saja , kesian anak-anak kepenatan nanti kalau berjalan jauh. Macam makan tak kenyang mandi tak basah lah...bila penat dah menguasai..makan pun mau tak mau je. Aku pergi ke Medan Selera Pantai Pengkalan Balak. Walaupun waktu malam , pilihan ikan terhad tapi lapar punya pasal di redah-redahkan juga.

So 1st malam nie aku dan anak-anak sepakat memilih menu ikan siakap masak 3 rasa , sotong goreng tepung dan tomyam sayur campur untuk mengenyangkan perut-perut kami anak-beranak.

So Alhamdulillah, masing-masing dah kenyang...anak-anak pun dah start bosan. "balik" saja yang ada dalam kepala dia orang. So Totally makan untuk malam ini ialah RM 78.00. Wow...boleh tahan juga..pikir-pikir balik apa yang mahal , baru teringat ikan siakap Rm 44.00..berbaloi- baloi lah kalau nak ikan yang besar.hehhehehhehehhe........

Sampai chalet , apalagi perkara yang nak di laksanakan...landing time lah ...ahaks. Anak-anak aku masuk tidur awal lah malam ni..sebab penat sangat. So apa aku nak komen lagi ye...mata pun dah start ngantuk juga. Tapi 1st day kami dekat Pantai dan chalet nie...kami bagi 4 bintang lah...memang pilihan yang tepat sangat untuk jadikan destinasi percutian.I love Pantai Pengkalan Balak. ~@Ra~