Thursday, February 10, 2011

Mama rasa chicken pop jua...

Alahai....giliran ku pula mengalami simptom2 demam cacar selepas anak bujangku.Aku tak menjangka akan terkena,sebab mak pernah beritahu yang aku pernah mengalami nya masa kecil. simptom ni aku dapat kesan setelah badan ku tak sedap dan hilang selera makan dengan tiba2 sedangkan aku memang pantang makan yakni suka dan hobi ku adalah makan.Pantang nampak je makanan yang ada depan mata , aku takkan lepaskan peluang untuk menikmatinya..bak kata pepatah "Musuh jangan di cari rezeki jangan di tolak"dah ada depan mata rugila kalau tak mencuba hehehehe.

Pagi 9hb Febuari , aku merasa tak sedap badan dan terdapat kesan2 bintik2 merah berair di belakang badan ku,kebetulan aku baru lepas demam.Memang perasaan di hati tertanya2 "adakah aku kena chicken pop?"Tapi mustahil lah sebab tau aku dah pernah kena semasa kecil.Hati tak sedap juga lalu mengajak kawan pergi mencari air kelapa muda dekat kedai mamak area KLIA.Perghh nak di jadikan cerita..memang berbaloi la harga air kelapa tu RM 3.50,sekali minum je 2jam selepas tu habis keluar semua virus dalam badan ku jelas kelihatan di kulit ku.

Aku pergi mengambil rawatan di klinik kegemaranku iaitu Klinik Suhaini...aku di beri ubat demam Paracetamol, Chlorpheniramine maleate (ubat tahan gatal) dan Virox Acyclovir ( pil hilangkan parut)..discaj aku RM 96.00 kos rawatan dan perubatan.Aku dapat MC sampai seminggu....adoi rasa bosan lak duduk di rumah lama2, Al maklumlah dah biasa kerja tanpa rest time.sekali di beri cuti lama..dah blur tak tau nak buat ape time cuti ni.

10 Febuari 2011, bermula lah kehidupan baru ku huhu...lepak di rumah saja.Bintik merah mula kelihatan di muka ku yang tak ayu ni.Memang tak ku sangka begini jadi nya...tapi aku redha dengan ketentuanNYA.Aku kena makan ubat 4kali sehari cukuplah liat...tak larat lah nak makan lepas tu layan ngantuk penangan ubat tu.Asyik2 tidur2 je..tak mampu melawan kekuatan ubat tersebut.Tidur lah aku sekerap nya....sampai orang call pun aku abaikan..mesej no layan.Aku dah bosan..aku dah bosan huhu.

Ya Allah Ya Tuhanku, Hanya kau yang mengerti kepedihan yang ku alami.Doktor pun dah beritahu demam cacar kalau kena time dewasa memang akan terasa sakit berbanding kena time masa kecil.Patutlah anak bujangku rileks je mase kena cacar tu..baru padan muka ku huhu. Saat bintik2 tu nak keluar je..pasti aku menjerit kecil menahan sakit.Konon nak cover depan anak2...malu la nanti kalau anak2 nampak mamanya tak tahan sakit macam dia orang. Bila terpecah pula lagilah terasa pedih nya sampai menangis aku di buatnya. Tak cukup dengan tu...tekak pulak tak boleh nak menelan sebab ada sebiji bintik2 merah tumbuh di anak tekak ku. Aku kena kuatkan semangat,kena tahan sakit kan...aku sedang cuba untuk melawan dan terus melawan.Aku pun jarang berbedak sejuk..sekarang time ni la aku kena merasa berbedak sejuk ala Geisha atau opera cina...tujuan nya untuk mengecutkan bintik2 yang bernanah supaya cepat kering.Bila dah kering cepatlah aku baik kan2..hehhehe.

Bermula rutin harian ku setelah dapat MC...makan ubat lepas tu tidur dah tak ada kerja lain dah aku mampu buat.siapkan anak2 pergi sekolah lepas tu tidur huhu.Apa nak jadi???Nak layan chating pun dah moody lagi lah aku tension.Bila di sorongkan bantal aku nak tidur je dah tak ada kerja lain dah huhu.Harap2 cepat2 lah sembuh ek..cepatla aku mula kerja.Rindu kat kawan2 lah...:-)

Monday, January 24, 2011

Nasrul Firdaus anak bujangku Cuti Panjang sebab Chicken Pop...


Malam tadi anak ku menunjukkan simptom2 nak kena demam cacar...so aku sebagai mama nye minta dia sabar dan berehat sementara menanti esok pagi.Dalam masa yang sama aku kalut dan mengelabah juga sebab ini first time aku hadapi nya, sampai tidur pun tak lena.

Jam 9 pagi,aku bawa anak pergi ke Klinik Suhaini yang memang klinik favourite aku di Banting.Selepas di check up..doktor sahkan anakku memang kena demam cacar atau nama lain chicken pop..dan dia di beri cuti sakit selama seminggu.Bila di beritahu pada anak lelakiku seorang ni punyalah suka dia,tersenyum lebar sebab dapat cuti lama.Ada satu yang perlu aku ingat...adik2 dia pun bakal menerima simptom yang sama selepas abang nya.

Sampai di rumah,terus aku mulakan rutin baru ku sebagai mama merangkap jururawat yang kena memantau anak yang sedang sakit."Masa untuk makan ubat....", Ujar ku pada anak bujangku.Berat juga dia nak makan tu tapi demi kesihatan dia harus akur.Walaupun dia nakal dan kurang nak dengar kataku tapi aku tetap sayang dia.Siapa tak sayang anak oi.Semoga cepat sembuh.mama sayang kamu NASRUL FIRDAUS selamanya.NASRIN FARHANI DAN NASREEN FIRZANA...mama sayang kamu berdua jua.

Makanan eksotik di Selera Rimba ,Sungai Lembing




Malaysia ni memang negara yang unik....dengan adanya berbilang bangsa dan kaum, bab makanan lagi lah unik.Aku di buka minda untuk merasa keunikan itu.Terus teranglah aku cakap , aku memang paling suka makan,ape2 je jenis makanan aku nak try dan test.
So aku patut say thanks buat abang aref sebab bagi peluang aku join biker club dia pergi berkonvoi ke satu lokasi dalam area selangor dengan niat untuk makan sebab dia tau aku memang suka makan..makan jangan tak makan.


Jam 9 aku berkumpul di R&R Sungai Buloh...menanti kawan2 yang lain.setelah semua berkumpul standby utk bertolak sampai tersesat jalan nak ke Bidor tu hahahha.

Dalam pukul 1 tengahari kami sampai ke tempat yang di tuju walaupun terdelay lama.Kasihan kawan2 yang lain yang sudah sampai awal still tunggu kami untuk menikmati hidangan beramai2. Setelah menghilangkan penat, kami di hidangkan dengan 4 jenis lauk dari menu yang ada termasuk ulam-ulaman yang pelbagai menambahkan lagi selera memang kena dengan perut yang dah sibuk berkeroncong dari pagi tadi.

Menu2nya ialah rendang daging landak, burung wak2 masak kicap, ayam hutan goreng berempah dan udang masak cili api beserta sambal belacan dan tempoyak.pergghh marvelous2...lazat2.Di hidangkan juga dengan minuman air limau memang bagi perut betul2 hot tu.

Setelah selesai lepak selama 3jam , kami beransur pulang dengan kekenyangan.dan kena standby lah,al maklumlah perut dah kenyang then kena lalui jalan berbumping2...silap hari bulan mau terkeluar balik apa yang di makan tadi.

Kenangan yang tak dapat di lupakan...sentiasa dalam ingatan.pencarian akan terus di jalankan menikmati pelbagai citarasa makanan yang unik di Malaysia ini.bestnyeeee.......


Roda-roda di KLIA


Selagi masih hidup selagi itulah kerja kerja kerja...hari ini aku masuk duty pagi pukul 6 , rutin macam biasa kena lapor diri ambil roster di pax control (cp4). Bila dah jumpa Duty Manager sign in semua, aku di perintah untuk bertugas di zon satelite...zon penerbangan antarabangsa.

Dengan semangat waja dan satu Malaysia , aku pun terus menuju ke zon ambil shuttle bus...al maklumlah train di KLIA tengah di upgrade so di gantikan dengan bus.Nak tahu bus ape? hehheh Bus Rapid KL...abah aku dah lah kerja dengan Rapid , Sepanjang hidup itulah aku tak pernah merasa naik bus Rapid. Akhirnya di KLIA juga aku dapat merasa cuma kedudukan seat nya berbeza dengan Rapid di luar. Alahai seatnye cuma ada dalam 13 buah je...pergghh siap kira tu hahaha. Alahai ok jela sebab sekejap je mase untuk pergi ke zon satelite dari cp,tak sempat panas punggung dah sampai. Tapi services Rapid di KLIA memang best, abang driver Rapid pun ok walaupun tak semua yang peramah. Dah masuk 3bulan juga lah Rapid berada di landasan KLIA memberi service yang terbaik walaupun kadang2 di marahi dengan passenger tapi tetap sabar melakukan yang terbaik demi nama KLIA dan juga Rapid KL.

Mengikut cerita yang di khabarkan Rapid KLIA di jangka akan berakhir pada 15 Mac 2011,rindu lah lepas ni nak merasa services Rapid ye.Tapi jangan tak tahu aku ada kenangan dengan Rapid, setiap kali nak naik bus mesti kasut tumit ku kerap tersangkut kat pintu masuk..kadang2 jadi malu aku di buatnya.

Dan yang paling tak dapat di lupakan, aku dapat kawan baru...untuk abang2 Rapid KLIA u all the best in the KLIA and the WORLD, TQ untuk layanan yang terbaik punya!!!!